Trip Blogger Putrajaya : Jelajah Pantai Timur : Edisi 1

Assalamualaikum....

Fuhhhhh....sebenarnya tak tau nak start dari mana ni....jap2....cehhhh macam nak buat tesis plak...padahal nak update trip jalan-jalan je pun...Cik Ngahnya punnnnn....

*Amaran! entry agak panjang,kalau malas baca tengok gambar je la ye...heehheee....

Ok lah,kali ni trip Cik Ngah dengan geng2 blogger pulak,biasa dengan BFFSA,so ini first time dengan group blogger dan Cik Ngah jadi tukang tunjuk arah..huuhuu...macam la terer sangat kan,padahal main bedal jerrr...sib baik jugak la ada application WAZE yang banyak membantu kat tab tu ha....

Trip kali ni sempena majlis kenduri kahwin Blogger Que Achmad,salah sorang teman rapat kami,majlisnya di Kota Bharu,Kelantan jadi alang-alang dah sampai Kelantan ,ronda la pantai timur sekaligus...dan ahli-ahli yang terlibat adalah :

-Yanty
-Qaseh Dalia
-Mieza
-MK Syahir
-Mawardi
-Najeeb
-My Mr D as my driver (heehehheee)
-and Puteri Rimba  :)

Bertolak pada 22 Mei 2013 (Rabu)  jam 10 malam dari Putrajaya.....


berposing sementara menunggu Mr D yang agak lewat sebab balik kerja lambat...huuhuuu....

Destinasi kami yang pertama pada malam itu adalah Rumah Cik Ngah di Kuala Lipis,saja ajak kawan2 singgah rumah,lagipun dah lalu baik singgah,nak drive terus ke Kelantan dah lewat sangat dah pukul 2 pagi,masing2 dah ngantuk.

Sampai rumah,sib baik abah belum tido,kalau tak kitaorg tido kat tangga la jawabnya..heehee...

23 Mei 2013 (Khamis)

Cadangnya nak bertolak lepas subuh,memandangkan driver yang di kejut tak bangun2,pukul 10 lebih la baru bertolak ke Kelantan,huuhuu.....sempat la Cik Ngah berkung fu kat dapur siapkan nasi lemak simple2 tuk breakfast,nak makan kuih je takut cepat lapar lak.


Cik Yanty dah sedia tuk memulakan perjalanan...posing di hadapan  rumah Cik Ngah
Perjalanan kami melalui Gua Musang dan Kuala Krai,Seterusnya berhenti sebentar di Machang tuk mengambil Mawardi di simpang masuk ke rumahnya,kami meneruskan perjalanan menuju ke Tumpat.


dalam perjalanan di Bukit Tujuh area Merapoh,masih tak banyak kereta sebab belum start suti sekolah
Kami berhenti sebentar di Pasar Pasir Mas,memandangkan MK Syahir ada menyebut tentang etok,so Cik Ngah cuba dapatkan kalau-kalau ada di situ,rezeki kami ada sorang je mak cik yang menjual,memandangkan hari pun dah petang dalam pukul 2 lebih,peniaga pun ramai yang dah bersiap untuk pulang.

teruja untuk mencuba etok

sejenis kerang,setakat ni Cik Ngah hanya jumpa di Kelantan.

dok kerumun mak cik nan sorang,seronok mak cik tu melayan kami....
sambil-sambil tu ada pulak jual lokching atau sate ikan kat situ,apa lagi...masing-masing membeli la....


lok ching atau sate ikan yang di makan dengan sos manis pedas homemade

dok menunggu lok ching

Selepas sesi-sesi mencuba makanan di Pasar berkenaan,kami meneruskan perjalanan ke Pantai Sri Tujuh,memandangkan hari dah petang,dan kami belum makan tengahari,Cik Ngah mencadangkan kami makan di Pantai Sri Tujuh,Tumpat.

Cik Ngah ambil laluan Kg Meranti untuk ke Tumpat,so kami melalui satu Wat Buddha Siam di laluan tersebut,apa lagi singgah la,antara tempat perlancongan popular,iaitu Sleeping Buddha yang terbesar di Malaysia atau Asia Cik Ngah tak pasti pulak.Yang penting just datang melawat,tak de niat apa2 pun...


sleeping buddha

nak nampak patung tu tido,org nya pulak tak nampak muka..heehehee

nak jugakkkkkkk.......
Dalam pukul 5 petang kami tiba di Pantai Sri Tujuh,Tumpat,so masing0masing dah lapar.order nasi la,Cik Ngah sempat belikan diorang seafood celup tepung yang banyak di jual di gerai-gerai di situ.Ada udang,sotong,ikan dan isi ketam yang di goreng celup tepung,fresh lagi seafood nya,puas hati la.Actually,Cik Ngah agak biasa di Tumpat ni sebab rumah arwah nenek dekat stesen keretapi Tumpat je,kalau balik selalu datang lepak gak dtang lepak ngan cousin di sini.Sekarang rumah tu pak cik yang tinggal,cuma tak selesa plak nak bawa geng tido di situ sebab kebetulan sepupu bawa balik kawan2 dia nak gi mencandat sotong,untuk keselesaan baik la kami dok homestay je.

seafood celup tepung

permandangan area chalet

kg baru nelayan Tumpat
Dah selesai mengenyangkan perut dan Solat Jamak,kami berjalan menuju ke tepi pantai tuk bercanda di pasiran pantai menikmati sunset dan bermain ombak......

muka teruja Najeeb tuk bercanda...heehee
Cuaca agak baik dengan angin yang menderu,sangat nyaman menikmatinya.....

posing2,tunggu sunset

4 dara menikmati sunset....
Pantai Sri Tujuh,Tumpat

pantang di hala lens camera...heeheee

mentari makin terbenam

qaseh-yanty-mieza-cik ngah


candid
Selepas puas bercanda dan mengejar ombak di pesisir pantai,kami pun menuju ke Homesatay Annur di Taman Kota Kubang Labu,berdekatan Wakaf Bharu.Tak susah mencari homestay ni,Cik Ngah just search dalam waze kawasannya dan sampai area situ terus telefon tuan rumah.

Alhamdulillah,Cik Ngah bersyukur sangat geng semua puas hati dengan homestay ni,ni pun Cik Ngah dapat last minit dah,nasib baik masa call masih kosong tuk 2 malam.

ni dia maklumat homestay ni :

Homestay An-nur
1693,Taman Kota Kubang Labu
Wakaf Bharu
16250 Wakaf Bharu,Kelantan.

Pemilik : Pn Nik Azizah
Tel : 09-7196850 / 013-9227004

Harga masa kami sewa adalah RM150 untuk satu malam,tapi adalah lebih baik call dulu tanyakan harga dan booking terutama waktu cuti sekolah,mana la tahu harganya berlainan dan dah full booked kan....

view dari ruang menonton.....
Rumah ni ada 1 master bedroom (aircond dan bilik air),2 bilik biasa,1 bilik air,ruang menonton sekali dengan meja makan dan ruang tamu,dapur yang sangat selesa,Peti ais,dapur gas,pinggan mangkuk periuk belanga di sediakan,so boleh memasak.Ruang parking boleh masuk 2 kereta.

dari pintu masuk....ruang tamu

permandangan hadapan

hadapan rumah


meja makan dan ruang menonton
So yang pompuan dapat master bedroom la kan,istimewa skit,ye la bilik air kat dalam and ada ekon gitewww...heehehe......

Selepas mandi segarkan badan,solat maghrib dan rehat,kami bersiap-siap untuk ke Pasar Borong Wakaf Che Yeh pula.Masih juga menggunakan waze untuk ke tempat yang di tuju,ikhlasnya Cik Ngah tak penah pergi sendiri ke sini,biasa balik kampung pun orang lain yang bawakan.Dari homestay kami tak sampai 20 minit pun ke pasar Wakaf Che Yeh ni,jalan pun tak jem,mungkin tak ramai lagi yang balik kampung time ni,sebelum jalan2 cuci mata dan shopping kami dinner dulu.

sempat lagi berposing di tengah orang ramai


teruja nampak gerai Pulut Ayam Merah-my feveret food time study kat Pasir Mas dulu.
Pulut Ayam Merah ni, setahu Cik Ngah la,resepi thai,pulut yang di tanak di makan dengan ayam goreng berempah (ada juga yang di letakkan pewarna merah) di makan dengan sambal cili pedas manis yang biasanya di buat sendiri oleh penjual.


Menunggu makanan sampai
Pasar Borong Wakaf Che Yeh,berkonsep seperti downtown sebelah pantai barat Semenanjung Malaysia,berbagai barangan boleh di dapati di sini,dari barang dapur,makanan ringan,buah,pakaian,aksesori wanita,jeans,beg,pakaian sukan,perfumes,tshirt2 murah,kain ela dan pasang,kasut dan macam2 lagilah.






Hampir pukul 1pagi baru kami bertolak balik ke homestay untuk berehat,sebab banyak lagi aktiviti untuk esok. So,itulah perjalanan kami setakat 2 hari ni,tunggukan edisi ke 2 untuk perjalanan seterusnya.

Bisik-bisik:
Penat tapi seronok,selain jalan2 kami banyak mencuba makanan,Pantai Timur syurga makanan dan shopping.





Post a Comment

11 Comments

  1. Replies
    1. Haahaaa..... Cik ngah berehi bebel,nasib ar....heeheee...laalaalaa.

      Delete
  2. Hey! Gambaq I! OMGeeeeee I miss the trip , me tak hadpate lagi.. deraf je..hehe

    ReplyDelete
  3. hmmm.....ni kira wakil update bagi pihak boleh? hahahaha!

    ReplyDelete
  4. alahai kak su...rindunya ngan kelantan

    ReplyDelete
  5. kak sue nye tak de part part eh? hihi , alaaa dapnyeee sate ikan tu :'(

    ReplyDelete
  6. alahaiii pic..lupe plak nak kontrol ayu berjalan2 dgn blogger ni..ahakss...

    ReplyDelete