Singgang Daging ala Kelantan

Menu singgang daging ala kelantan,request dari my lovely cousin,yang tetiba wasap nak datang dinner sesama,rindu ler tu,nak makan masakan Cik Ngah...heheheh...alang2,jemput Mr D sekali join dinner...ramai lagi seronok...

Walau Cik Ngah memasak,tapi still diet,memang tak sentuh nasi pun,makan lauk je,tu pun mana yang boleh je,sambil teman yang lain makan.

Daging Singgang ala Klate

Bahan:

Daging -hiris nipis
Ketumbar tumbuk hancur
Bawang putih
Bawang merah
Lengkuas
Asam keping
Gula melaka sedikit saja dalam sesudu
Budu 2 sudu
Cili kering atau cili padi potong,kalau suka pedas boleh letak lebih.
Garam dan gula

Cara:

Basuh daging dan perapkan dengan hirisan bawang,lengkuas,ketumbar,asam keping dan gula melaka sekejap

Masukkan 3 cawan air dan didihkan atas dapur

Masukkan budu,perasakan dengan garam dan gula

Masak hingga daging empuk

Bisik-bisik:
Sedap makan ngan nasi panas2
Tambah pulak dengan ulam dan budu
Memang menambah..hehehee
Tapi Cik Ngah ratah je...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Post a Comment

7 Comments

  1. Memang sedap pun,Cik Ngah pun ratah je tadi..hehhehe

    ReplyDelete
  2. wah masak singang daging.....kecur air liur...dah lama lini x makan singgang...bila balik kelantan baru makan...kat sini x de geng nak makan...makan sorang2 xde nikmat

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat umah ni semua makan,Mr D je kuarang gemar kuah2 air ni...huuhuu...

      Delete
  3. Bila la akak nak mula kelas memasak dengan Ty ye?

    ReplyDelete
  4. kak su..dah lama zie tak makan singgang

    ReplyDelete