Ketchup membawa blogger terjah cafe-cafe menarik.

Korang mampu jelajah dan mencuba menu-menu di 4 café menarik dalam satu hari? Ha mampu ke tak itu la yang Cik Sue dan kawan-kawan lalui beberapa minggu lepas dalam Blogger Speed Run anjuran pihak Ketchup.Kami jelajah café-café di sekitar Uptown Damansara,bersama pengamal media dan selebriti lain


Apa benda Ketchup ni? Ha meh Cik Sue cite kat korang.Ketchup ni adalah satu laman web atau portal yang menghimpunkan senarai café-café menarik untuk rujukan pelanggan yang ingin berkunjung atau mencari tempat malan menarik untuk di cuba.Di laman ini juga Ketchup memberi peluang kepada pemilik-pemilik café untuk bekerjasama bagi mempromosikan café-café mereka.Cafe-café ini akan di review oleh Blogger dan para selebriti Media untuk tatapan orang ramai.Berbaloi kan? Blogger Speed Run ni pulak kolaborasi Ketchup dan Kelab Blogger Ben Ashaari serta pengamal media dan selebriti lain untuk terjah 36 café selama 6 hari di 6 kawasan yang terpilih.Menarikkan? Kalau korang nak maklumat lanjut boleh klik http://ketchup.com.my/

Ok,jom kita tengok café apa yang Cik Sue terjah hari tu.Yang pasti menu-menu semuanya lazat dan setiap café punya keunikan tersendiri.Korang mesti tertarik dengan dekorasi malah menunya juga yang unik.

TEA & TATTLE

Keunikan utamanya adalah hidangan teh dengan pelbagai perisa dan nama,malah dari pelbagai negara.Yang lebih unik ada the tertentu untuk mood anda.amacam? Selain itu terdapat menu –menu untuk sarapan juga.











FRISSON COFFE & BAR

Café untuk aktiviti berkumpul,lepak dan bersosial bersama kawan-kawan,menu hidangan berat dan ringan di samping minuman kopi pelbagai jenis.








THE GOOD BATCH

Café yang juga berkonsep bar dan tempat lepak untuk bersama kawan-kawan.Dekorasi dan susun atur meja yang menarik,menu berat dan ringan di hidangkan,samada korang betul-betul lapar atau sekadar inginkan kudapan,memang sesuai.









ACID BATTERY CLUB

Café yang sangat “privacy” sesuai untuk lepak lama buat kerja,assignment atau mengadakan mesyuarat santai bersama kawan atau klien.Hidangan kek cendol memang unik dan hidangan lain yang boleh di nikmati.Malah di dalam café terdapat galeri barang-barang koleksi yang di jual seperti cd,jaket,beg dan macam-macam lagi.

FB www.facebook.com/batteryacidclub

IG www.instagram.com/batteryacidclub









Amacam? Tergoda? Ishhh tulis entry ni Cik Sue pun terliur semula,alahaiiii.Serius menunya semua sedap-sedap,dan jangan tak percaya Cik Sue cuba semua ye menunya tapi tak de la baham satu pinggan sorang-sorang heheheh kami kongsi la sikit sorang.

Cik Sue nak ucapkan terima kasih banyak untuk pihak Ketchup yang sudi bekerjasama dan menjemput Cik Sue bersama-sama Blogger Speed Run ni.Cafe-cafénya memang menarik dan ada keunikan tersendiri.Korang patut cuba,kalua tak semua pun salah satu tau.























Selesai sesi terjah hari tu dan kami pulang masing-masing dengan kekenyangan.Kalau  korang mahukan keterangan atau maklumat lanjut boleh klik link di bawah ye :


Websitewww.ketchup.com.my

Instagram@ketchup_my

Post a Comment

2 Comments

  1. kruk2 .. lapar . menyelerakan sungguh menu-menu tu . tak pernah try lagi.. nampak macam sedap

    ReplyDelete
  2. alahai terus lapaq tgk pics ni semua...

    ReplyDelete