Sewa lampu biru untuk rawatan kuning/jaundice di rumah.

Assalamualaikum semua.
Kali ni Cik Sue nak cerita tentang rawatan kuning/jaundis Humaira selepas kami di benarkan keluar wad pada hari ke 3 kelahiran dia.Sebelum keluar wad,ibu dan anak dah di periksa oleh doktor ada demam atau kuning,Alhamdulillah tak de,tapi doktor tetapkan temujanji dengan klinik selepas 2 hari baby balik rumah untuk periksa perkembangannya.

Masa check tu kat Klinik Kesihatan Salak Tinggi,bacaan kuning Humaira naik tapi tak sampai tahap kena dok bawah lampu dan masuk wad lagi,Cik Sue dah mula risau ,down dan stress.Nasib baik abah ma ada dok nasihat jangan stress nanti susu badan drop,Mr D pun dok pujuk dan bagi semangat.

Balik dari klinik macam-macam ubat dan petua kami cuba,selang 2 hari pergi klinik  semula check lagi,Cik Sue sebenarnya tak larat dah nak follow,tapi mengenangkan Humaira menyusu kang kalau tak ikut meraung lak kelaparan,menunggu nak buat pemeriksaan tu bukan sekejap.Kali ni doktor suruh refer hospital Serdang sebab naik melebihi 270 bacaannya dan perlu terapi lampu biru untuk kawal bacaan tu,Cik Sue terus teringat Abang Ben Ashaari ada post pasal rawatan  terapi tu di rumah,terus bagitahu doktor nak buat kat rumah je.

Yang peliknya doktor macam tahu je dan terus bersetuju tapi suruh pasang secepat mungkin,malam tu juga.Terus call Abang Ben dan tanya,dapat nombor telefon terus Cik Sue call dan order suruh hantar.Alhamdulillah malam tu juga Puan Asma datang dan tolong pasangkan.Dia juga ajar cara nak menjalankan rawatan tu,berapa lama dan macam mana nak letak baby dalam tu.




Syukur banyak-banyak Cik Sue rasa sebab kalau kena masuk wad memang tak larat ak uruskan baby sendiri,dengan luka czer yang belum baik,dengan rahim yang belum kecut .Memang agak terbatas nak turun naik katil ,nak susukan baby lagi.Kalau kat rumah sekurangnya ma abah ada,Mr D pun ada,perasaan tak stress sangat.Memang bagus yang menyediakan perkhidmatan sewaan lampu terapi ni,memudahkan ibu-ibu buat rawatan di rumah.Wad hospital pun tak penuh hehehehe.


Dan selepas 2 hari bacaan jaundis Humaira turun selepas check bacaannya di Klinik Presint 9.Gembiranya hati ni,lega rasa.Kepada korang yang nak sewa dan memerlukan perkhidmatan mereka boleh klik link di bawah ye :


Emel : therapybleu@gmail.com


p/s :
Rupanya Humaira kena Prolong Jaundice berlarutan hampir 30 hari,hampir 2 minggu kena juandice kami ke pakar kanak-kanak Serdang amik urin dan darah Humaira Alhamdulillah ,Jaundice di sebabkan susu ibu dan tak berbahaya,doktor kata akan beransur hilang dengan sendiri cuma kawal jangan sampai demam sahaja.Syukur Ya Allah.

Post a Comment

13 Comments

  1. Alhamdulillah. Be a good girl ye humaira sayang :)

    ReplyDelete
  2. bagus ada servis camni, tak payah kita yg dlm pantang stress dok kat hospital. mmg terbaik!

    ReplyDelete
  3. nantilah, bila saya kawin nanti,
    Saya cuba dapatkan tu.

    ReplyDelete
  4. Wah...baru tahu ada disewakan lampu terapi biru ni..bagusnyaa...

    ReplyDelete
  5. syukur alhamdulilah semakin mudah teknologi bantuan zmn skrg boleh sewa lampu terapi biru di rumah je, cara yang sangat menjimatkan masa ibu dan ayah berulang balik. Semoga humaira sihat selalu...amin

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah ada alternatif sendiri..

    ReplyDelete
  7. Syukur Alhamdulillah... Bagus sekarang ada perkhidmatan macam ni.
    Memudahkan urusan banyak pihak.
    Emosi ibu semasa berpantang sememangnya penting, tak boleh stress!
    Kalau dok hospital tak tahu laaa lagu mana nak tenang.
    Semoga Humaira sihat sokmo dan menceriakan Sue Izza Sekeluarga
    Aamiin...

    ReplyDelete
  8. oo lama juga. mcm ariq pun lebih 30 hari.. hannah kejap je.. nasib ada perkhidmatan mcm ni. mudah

    ReplyDelete
  9. Senangnya macam nii.. if ada alat ni x pyh la duk spital lama-lama.. huhu..

    ReplyDelete
  10. pengalaman anak kena tahan wad sebab jaundis...3 hari stay kat hospital serdang..memang sangat penat. sampai demam kediri jadinya..bagusnya ada perkhidmatan macam ni...

    ReplyDelete
  11. bagus ada macam ni, tk perlu pergi ke wad..tak larat nak tidur hospital tu. Humaira nampk elok je bawah lampu ni erk..

    ReplyDelete
  12. Huhuhu.. masa ank jaundice, sy ngn baby kena tahan wad. Doktor x bg keluar. Sy nk keluar, blh. Baby jaundice tak blh. Stress sgt. Tak trfkr pasal lampu sewa ni. Bagus utk ibu baru bersalin monitor dr rumah. Jemput singgah blog sy juga ye. kisah baby jaundice.. http://sakinahms.blogspot.my/2017/11/diari-azzahra-pengalaman-pertama-anak-jaundice-part-4.html?m=1

    ReplyDelete